Search This Blog

Showing posts with label result spm. Show all posts
Showing posts with label result spm. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

10 Sebab Mengapa Perlu Mengikuti Program Ijazah Perubatan Di Mesir


10 Sebab Mengapa Perlu Mengikuti Program Ijazah Perubatan Di Mesir


  • Pelajar perubatan di Mesir lebih mantap teorinya berbanding mereka yang belajar di negara maju
  • Waktu cuti yang panjang bermula pada Julai hingga September setiap tahun
  • Yuran pembelajaran yang rendah berbanding yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
  • Kos sara hidup yang rendah
  • Pelajar lepasan SPM tidak perlu mengambil Sijil Matrikulasi atau STPM untuk menyambung pengajian di Mesir
  • Selain dapat mempelajari ilmu perubatan, pelajar juga dapat mendalami ilmu Agama Islam
  • Universiti yang di iktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Sistem pembejalaran yang jauh lebih baik berbanding negara-negara maju seperti Russia
  • Wednesday, 28 December 2011

    Kelayakan Minimum

    Berikut merupakan kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara.



    PERUBATAN DAN PERGIGIAN

    1.       Universiti di MESIR

    Mansoura University dan  Alexandria University, 

    Kelayakan Minimum

    Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam semua subjek. Menggalakkan hanya pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memohon.



    2.       Universiti di INDONESIA & RUSSIA

    Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Universitas Sumatera Utara, Universitas Andalas, Universitas Airlangga, Moscow Medical Academy dan Russian State Medical University

    Kelayakan Minimum
    STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
    A Level, sekurang-kurangnya 3C.
    SAM, sekurang-kurangnya 12C dalam 3 subjek sains.
    CPU, sekurang-kurangnya 55% ke atas dalam 3 subjek sains.
    SIT, sekurang-kurangnya 3C dalam semua subjek sains.

    Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam 5 subjek sains.

    Selain daripada itu, Pelajar haruslah lulus dalam Ujian Kemasukan yang dikendalikan oleh Universiti



    FARMASI

    1.       Universiti di MESIR

    Mansoura University dan Alexandria University 

    Kelayakan Minimum
    Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya c dalam semua subjek.



    2.       Universiti di INDONESIA

    Universitas Airlangga, Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Institut Teknologi Bandung

                     Kelayakan Minimum
    Jika STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 2.00.
    Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek sains