Search This Blog

Monday 9 April 2012

Alexandria University

FAKULTI PERUBATAN ALEXANDRIA DIANUGERAHKAN ”HAMDAN AWARD 2009/2010”
  • Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai cawangan kepada Universiti Fuad yang sehingga kini dikenali sebagai Universiti Cairo. Pastinya sama seperti Universiti Mansoura, mengekalkan kualiti yang terdapat di Universiti Cairo.
  • Menjadi sebuah Entiti sendiri pada tahun 1942 dikenali sebagai Universiti Farouk dan pada tahun 1952 ketika Revolusi Mesir namanya ditukar ke Universiti Alexandria dan terus digunapakai sehingga ke hari ini. Evolusi dan revolusi yang berlaku menjadikan Universiti ini cukup matang dalam memberikan pendidikan bertaraf Dunia.
  • Pelajar juga berpeluang mendapatkan pengajian di Universiti Alexandria yang mana Fakulti Perubatannya telah dianugerahkan ”Hamdan Award 2009/2010” yang membawa kepada gelaran Fakulti Perubatan Terbaik di dalam Dunia Arab.
  • Dengan memberikan penekanan modul secara ”Intergrated” antara sistem konvensional dan sistem penyelesaian masalah (Problem Based Learning), pastinya Fakulti Perubatan Alexandria mempunyai kelebihannya tersendiri bagi memastikan pembelajaran lebih berkesan di bawah modul ini.
  • Jadi tidak hairanlah sekiranya Universiti Alexandria merupakan universiti yang ke-147 terbaik dalam rangking dunia dan antara 10 universiti terbaik di Dunia Arab.
  • Universiti Alexandria juga memiliki kelebihan persekitaranya yang tersendiri. Keadaan persekiran yang bersih dan cantik, sinonim dengan gelarannya sebagai Bandar pelancongan pastinya member keselesaan pembelajaran kepada pelajar yang mengikuti pengajiannya di university ini.
  • Selain daripada itu, berdekatan dengan kawasan university ini, The Royal Library of Alexandria, antara perpustakaan yang terbesar di dunia mampu memperikan capaian maklumat yang tiada tolok bandingnya.
  • Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysian Medical Council, Malaysian Dental Council, Majlis Amanah Rakyat dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
 

No comments:

Post a Comment