Search This Blog

Showing posts with label kelayakan buat medic. Show all posts
Showing posts with label kelayakan buat medic. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Permohonan pelajar di Mesir dilulus


Permohonan pelajar di Mesir dilulus

Permohonan pelajar di Mesir dilulus


PEKAN 16 Feb. - Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

Menurut Najib, pemberian elaun itu susulan permohonan yang dikemukakan kumpulan pelajar berkenaan sewaktu lawatan beliau ke Kaherah, Mesir bulan lalu.

Katanya, permohonan itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup di negara tersebut selepas Arab Springs yang menyaksikan harga barang melambung dengan mendadak.

"Masa saya melawat Kaherah tempoh hari, ada seorang pelajar minta Mara beri elaun sara hidup kerana ada yang tidak terima. Saya bertanya kenapa bangkit permintaan itu, dia kata sejak Arab Springs kos sara hidup telah melambung naik.

"Dia bagi contoh sekilo daging RM40, beza dengan kita di Malaysia, dan inflasi juga naik mendadak hingga banyak belia di Mesir menganggur.

"Mara telah pun diberi arahan supaya luluskan perkara ini. Maka tengok kita (Barisan Nasional), balik saja kita ambil tindakan, inilah bukti apa yang dikatakan Janji Ditepati," katanya.

Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengajak rakyat melihat bagaimana perubahan yang berjaya adalah yang dilakukan secara sistematik, bermula dari atas ke bawah dengan didasarkan aspirasi rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, di mana-mana negara yang berlaku perubahan mendadak dari bawah disebabkan ledakan seperti revolusi, sejarah membuktikan apa yang diimpikan tidak semanis realiti.

"Seperti kisah di Mesir yang menyaksikan selepas Arab Spring harga barang melambung, inflasi naik dan belia ramai tiada pekerjaan, ini berbeza dengan di Malaysia," jelas Perdana Menteri.

Artikel penuh http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_03/Permohonan-pelajar-di-Mesir-dilulus#ixzz2LDVLhT72

Tuesday, 3 January 2012

Wednesday, 28 December 2011

Kelayakan Minimum

Berikut merupakan kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara.



PERUBATAN DAN PERGIGIAN

1.       Universiti di MESIR

Mansoura University dan  Alexandria University, 

Kelayakan Minimum

Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam semua subjek. Menggalakkan hanya pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memohon.



2.       Universiti di INDONESIA & RUSSIA

Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Universitas Sumatera Utara, Universitas Andalas, Universitas Airlangga, Moscow Medical Academy dan Russian State Medical University

Kelayakan Minimum
STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
A Level, sekurang-kurangnya 3C.
SAM, sekurang-kurangnya 12C dalam 3 subjek sains.
CPU, sekurang-kurangnya 55% ke atas dalam 3 subjek sains.
SIT, sekurang-kurangnya 3C dalam semua subjek sains.

Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam 5 subjek sains.

Selain daripada itu, Pelajar haruslah lulus dalam Ujian Kemasukan yang dikendalikan oleh Universiti



FARMASI

1.       Universiti di MESIR

Mansoura University dan Alexandria University 

Kelayakan Minimum
Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya c dalam semua subjek.



2.       Universiti di INDONESIA

Universitas Airlangga, Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Institut Teknologi Bandung

                 Kelayakan Minimum
Jika STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 2.00.
Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek sains