Search This Blog

Wednesday 28 December 2011

Kelayakan Minimum

Berikut merupakan kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara.



PERUBATAN DAN PERGIGIAN

1.       Universiti di MESIR

Mansoura University dan  Alexandria University, 

Kelayakan Minimum

Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam semua subjek. Menggalakkan hanya pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memohon.



2.       Universiti di INDONESIA & RUSSIA

Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Universitas Sumatera Utara, Universitas Andalas, Universitas Airlangga, Moscow Medical Academy dan Russian State Medical University

Kelayakan Minimum
STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
A Level, sekurang-kurangnya 3C.
SAM, sekurang-kurangnya 12C dalam 3 subjek sains.
CPU, sekurang-kurangnya 55% ke atas dalam 3 subjek sains.
SIT, sekurang-kurangnya 3C dalam semua subjek sains.

Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam 5 subjek sains.

Selain daripada itu, Pelajar haruslah lulus dalam Ujian Kemasukan yang dikendalikan oleh Universiti



FARMASI

1.       Universiti di MESIR

Mansoura University dan Alexandria University 

Kelayakan Minimum
Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya c dalam semua subjek.



2.       Universiti di INDONESIA

Universitas Airlangga, Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Institut Teknologi Bandung

                 Kelayakan Minimum
Jika STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 2.00.
Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek sains




3 comments:

  1. Assalamualaikum, sekiranya saya mengambil diploma sains uitm dengan cgpa 2.80. Boleh tak sekiranya saya ingin menyambung course degree farmasi di universiti padjajaran indonesia?? Mohon penjelasan encik.

    ReplyDelete
  2. Salam, sy lepasan diploma sains UPSI dan mendapat CGPA 2.99. Adakah sy berpeluang menyambung degree pergigian di universiti indonesia (yg menawarkan degree pergigian). Mohon penjelasan dari pihak berkenaan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, sy merupakan pelajar diploma sains. result spm utk sains sy smuanya c. sekiranya sy pulun habis utk diploma sains utk dptkn cgpa 3.80 adakkah sy bo;eh sambung bidang perubatan di universitas gadjah mada?

    ReplyDelete