Search This Blog

Wednesday 28 December 2011

Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian Dan Farmasi

Menyedari bilangan tempat yang terhad di Malaysia bagi para pelajar melanjutkan pengajian dalam beberapa bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian dan Farmasi, kami telah menyediakan peluang kedua bagi merealisasikan impian mereka.


  1. KEKURANGAN DOKTOR DI DUNIA
Populasi dunia yang semakin meningkat menyebabkan kekurangan doktor makin dirasai oleh masyarakat dunia. Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah tersebut. Kekurangan doktor dan doktor pakar sentiasa menjadi masalah kepada industri kesihatan Malaysia. Kekurangan doktor menyebabkan peluang kerjaya sebagai doktor menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia. Statistik 2010 menyatakan bahawa ratio doktor dan rakyat di Malaysia adalah 1 : 1200 dan untuk mencapai negara maju adalah 1 : 600.

  1. DOKTOR SEBAGAI KERJAYA MULIA
Pekerjaan sebagai seorang doktor merupakan kerjaya yang diidamkan oleh setiap pelajar. Doktor adalah personaliti profesional yang dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana membantu orang yang memerlukan. Dengan pendapatan yang lumayan dan sekuriti kerjaya di masa hadapan adalah antara faktor utama tarikan pelajar Malaysia ingin menjadi doktor.

  1. TEMPAT BELAJAR DI MALAYSIA TERHAD
Pelajar STPM, Matrikulasi atau setaraf perlu bersaing hebat untuk mendapatkan tempat untuk belajar dalam bidang kritikal. Bidang kritikal itu termasuklah pengajian perubatan, pergigian dan farmasi kerana peluang dan tempat untuk belajar dalam bidang tersebut di Malaysia amat terhad. Selain jumlah tenaga pengajar dan tempat latihan yang sangat terhad. Oleh sebab itu, pelajar yang memperolehi kelayakan untuk menjadi doktor harus mencari ruang dan peluang ke luar negara untuk melanjutkan pengajian.

  1. KOS PENGAJIAN DAN SARA HIDUP YANG LEBIH MURAH
Pihak kami telah melakukan kajian menyeluruh untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke luar negara. Negara dan universiti yang dipilih oleh GMN merupakan tempat yang sesuai dari sudut kos pengajian dan sara hidup. Pelajar boleh menikmati kos yang lebih murah berbanding meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di universiti swasta di Malaysia yang mana kosnya jauh lebih tinggi.

  1. KUALITI PENGAJIAN YANG DIIKTIRAF
Syarikat telah membuat perjanjian persefahaman dengan universiti yang hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Universiti tersebut telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan badan profesional yang berkaitan seperti Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Universiti yang dipilih juga mempunyai kemudahan praktikal dengan hospital yang diperlukan mencukupi.

1 comment:

  1. Assalamualaikm ncik zamhairee. Sy ade hntr email tntg nk smbg bljr ke gjah mada dlm frmsi.tq

    ReplyDelete