Search This Blog

Monday, 9 April 2012

Mansoura University


UNIVERSITI MANSOURA MEMBAWAKAN PROGRAM PERUBATAN MANCHESTER, UK

Sejarahnya bermula pada tahun 1962 sebagai Fakulti Perubatan Cairo dan kemudian semenjak ianya ditubuhkan Fakulti ini berkembang dan sentiasa menaiktaraf bukan sahaja infrastrukturnya malah juga menaiktaraf sistem pembelajarannya sehinggakan akhirnya Fakulti Perubatan Cairo ini berjaya membentuk empayarnya sendiri dengan pengisytiharannya pada tahun 1972 sebagai sebuah universiti yang sehingga kini dikenali sebagai Universiti Mansoura. Sesuai dengan namanya yang diambil bersempena dengan nama bandar tersebut (Mansoura) yang membawa maksud ”Kemenangan”, Universiti Mansora sentiasa mengorak langkah menjadi antara universiti yang terbaik dunia. Faktor utama yang menjadikan Mansoura universiti pilihan:
  • Universiti Mansoura sebagai salah sebuah Institusi terkemuka dunia yang terlibat dengan Federation Universities of The Islamic World. Pastinya Universiti Mansoura mempunyai kelebihannya tersendiri dalam memberikan sumbangan sosialnya.
  • Membawa pengalamannya sebagai Fakulti Perubatan Cairo pastinya universiti ini mengekalkan reputasi Fakulti Perubatan Cairo tersebut yang sehingga kini antara universiti yang cukup terkenal dengan pengajian perubatannya.
  • Universiti Mansoura berjaya mewujudkan 8 hospital pakar di bawah jajahannya. Mansoura Urology & Nephrology Center (M.U.N.C), Mansoura University Children Hospital (M.U.C.H), Mansoura Specialized Medical Hospital (M.S.M.H), Emergency Hospital, Oncology Center-Mansoura University (O.C.M.U), Ophthalmic Center, Gastroenterology(GIT)Surgery Hospital dan Mansoura General University Hospital
  • Universiti Mansoura sebagai salah satu universiti dalam senarai 10 universiti terbaik di dunia Arab.
  • Universiti Mansoura ini, ia membawakan pelajar kepada sistem pengajian berasaskan masalah (Problem Based Learning) di bawah Program yang di bawa khas dari Universiti Manchester, United Kingdom.
  • Dengan kos pengajian yang sama dengan universiti-universiti lain di Mesir, pelajar mampu memperolehi pengajian perubatan setanding universiti-universiti terkemuka dunia yang lain. Universiti Mansoura adalah antara universiti terbaik di Dunia Arab yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan satu-satunya universiti di Mesir yang menggunakan sepenuhnya program berasaskan masalah (Problem Based Learning).
  • Antara kelebihan lain bagi Universiti Mansoura adalah capaian maklumat. Dengan mempunyai 35 buah perpustakaan pastinya tiada yang mustahil bagi para pelajar untuk mendapatkan maklumat.
  • Persekitaran juga memainkan peranan penting kepada pelajar. Ini menjadikan ianya sebagai motivasi sampingan dengan keselesaan situasi, persekitaran dan kebudayaan sekeliling. Antaranya Jarak  Blok penginapan  dengan universiti yang dekat, hanya berjalan kaki;kedai-kedai makan yang berdekatan dengan penginapan serta keperluan mendapatkan barangan dapur yang mudah antara ciri yang menjadikan Mansoura cukup kondusif bagi pelajar. Malah kami sendiri mempunyai Restoran masakan Melayu berdekatan dengan penginapan pelajar bagi memenuhi kehendak pelajar di sana.
  • Diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysian Medical Council, Malaysian Dental Council, Majlis Amanah Rakyat dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



1 comment:

  1. adakah pelajar yang mendaftar course medic akan directly memasuki program Problem Based Learning?

    ReplyDelete