Konsultan Pendidikan Yang Menguruskan Penghantaran Dan Penempatan Pelajar Untuk Program Ijazah Perubatan,Pergigian Dan Farmasi Ke Universiti Terpilih Di Mesir, Indonesia Dan Rusia. (017-9819798)
Search This Blog
Thursday, 29 December 2011
List Of Qualification (JPA)
Sila klik pautan tersebut bagi menyemak senarai kelayakan (pengiktirafan) universiti
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmSenaraiPengiktirafanBaru.asp
Wednesday, 28 December 2011
Prosedur Pendaftaran
Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghantar dokumen penting seperti berikut :
- TIGA PULUH DUA (32) keping gambar berukuran passport.
- 4 keping Gambar Hitam Putih bagi permohonan Universiti di Indonesia
- 20 Keping Gambar Hitam Putih bagi permohonan Universiti di Russia
- Sepuluh (10) Salinan Keputusan SPM.
- Sepuluh (10) Salinan Keputusan STPM/Matrikulasi/SAM/A-Level atau setaraf.
- Sepuluh (10) Salinan Pasport Antarabangsa.
- Sepuluh (10) Salinan Kad Pengenalan.
- Sepuluh (10) Salinan Surat Beranak.
- Lima (5) Salinan Penyata Kewangan Ibu/Bapa/Penjaga
- Lima (5) Salinan Kad Pengenalan Ibu
- Satu Cabutan Sijil Lahir (Asli) bersama Sepuluh (10) salinan.
Semua dokumen perlulah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred A, Pesuruhjaya Sumpah atau mana-mana individu yang layak berbuat demikian.
Kelayakan Minimum
Berikut merupakan kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara.
PERUBATAN DAN PERGIGIAN
1. Universiti di MESIR
Mansoura University dan Alexandria University,
Kelayakan Minimum
Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam semua subjek. Menggalakkan hanya pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memohon.
2. Universiti di INDONESIA & RUSSIA
Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Universitas Sumatera Utara, Universitas Andalas, Universitas Airlangga, Moscow Medical Academy dan Russian State Medical University
Kelayakan Minimum
STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
A Level, sekurang-kurangnya 3C.
SAM, sekurang-kurangnya 12C dalam 3 subjek sains.
CPU, sekurang-kurangnya 55% ke atas dalam 3 subjek sains.
SIT, sekurang-kurangnya 3C dalam semua subjek sains.
Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya B dalam 5 subjek sains.
Selain daripada itu, Pelajar haruslah lulus dalam Ujian Kemasukan yang dikendalikan oleh Universiti
FARMASI
1. Universiti di MESIR
Mansoura University dan Alexandria University
Kelayakan Minimum
Menggunakan keputusan SPM, sekurang-kurangnya c dalam semua subjek.
2. Universiti di INDONESIA
Universitas Airlangga, Universitas Padjadjaran, Universitas Gadjah Mada, Institut Teknologi Bandung
Kelayakan Minimum
Jika STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 2.00.
Jika peperiksaan lain yang setaraf, saya perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek sains
Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian Dan Farmasi
Menyedari bilangan tempat yang terhad di Malaysia bagi para pelajar melanjutkan pengajian dalam beberapa bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian dan Farmasi, kami telah menyediakan peluang kedua bagi merealisasikan impian mereka.
- KEKURANGAN DOKTOR DI DUNIA
Populasi dunia yang semakin meningkat menyebabkan kekurangan doktor makin dirasai oleh masyarakat dunia. Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah tersebut. Kekurangan doktor dan doktor pakar sentiasa menjadi masalah kepada industri kesihatan Malaysia. Kekurangan doktor menyebabkan peluang kerjaya sebagai doktor menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia. Statistik 2010 menyatakan bahawa ratio doktor dan rakyat di Malaysia adalah 1 : 1200 dan untuk mencapai negara maju adalah 1 : 600.
- DOKTOR SEBAGAI KERJAYA MULIA
Pekerjaan sebagai seorang doktor merupakan kerjaya yang diidamkan oleh setiap pelajar. Doktor adalah personaliti profesional yang dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana membantu orang yang memerlukan. Dengan pendapatan yang lumayan dan sekuriti kerjaya di masa hadapan adalah antara faktor utama tarikan pelajar Malaysia ingin menjadi doktor.
- TEMPAT BELAJAR DI MALAYSIA TERHAD
Pelajar STPM, Matrikulasi atau setaraf perlu bersaing hebat untuk mendapatkan tempat untuk belajar dalam bidang kritikal. Bidang kritikal itu termasuklah pengajian perubatan, pergigian dan farmasi kerana peluang dan tempat untuk belajar dalam bidang tersebut di Malaysia amat terhad. Selain jumlah tenaga pengajar dan tempat latihan yang sangat terhad. Oleh sebab itu, pelajar yang memperolehi kelayakan untuk menjadi doktor harus mencari ruang dan peluang ke luar negara untuk melanjutkan pengajian.
- KOS PENGAJIAN DAN SARA HIDUP YANG LEBIH MURAH
Pihak kami telah melakukan kajian menyeluruh untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke luar negara. Negara dan universiti yang dipilih oleh GMN merupakan tempat yang sesuai dari sudut kos pengajian dan sara hidup. Pelajar boleh menikmati kos yang lebih murah berbanding meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di universiti swasta di Malaysia yang mana kosnya jauh lebih tinggi.
- KUALITI PENGAJIAN YANG DIIKTIRAF
Syarikat telah membuat perjanjian persefahaman dengan universiti yang hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Universiti tersebut telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan badan profesional yang berkaitan seperti Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Universiti yang dipilih juga mempunyai kemudahan praktikal dengan hospital yang diperlukan mencukupi.
Subscribe to:
Posts (Atom)